Saturday, October 24, 2009

Hari ini cuti sekolah macam biasa. Jadi semestinya saya tiada topik hangat untuk dibicarakan. Saya mimpi dapat result PMR. Yang lucunya, saya hanya dapat tengok result Math dan Sains je. [Mata pelajaran lain kabur dalam mimpi tu] Math saya dapat B. Sains saya dapat A. What?! Tak mungkin! Saya target Math saya A! Sains saya B! Okeylah, mimpi hanya mainan tidur. Masalahnya masa saya tidur, saya dalam keadaan bersuci! Kalau dapat mimpi, selalunya jadi ‘petanda’.. (=_=;) Kalau betul, Alhamdulillah. Saya taknak C! Sebenarnya saya target straight A. [Inilah muka tak malu. Belajar last minute, nak semua A! :P ] Apapun, saya dah buat keputusan muktamad nak ambil Tasawwuf Islam dalam peperiksaan SPM saya. Tapi kena belajar sendiri lah jawabnya. Tak apa, tak apa.. Usaha tangga kejayaan, ho3!

Jadi hari ni saya nak buat nota. Macam mana nak kenal ‘dalaman’ orang? Manusia ni sangat bijak, malah semakin bijak. Apabila kita kenal orang tu, memang baik! Rupa-rupanya manusia bertanduk syaitan! [Yang best nya, ada yang mengalahkan syaitan.] Jadi ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengetahui sifat sebenar seseorang.

NOTA: Kaedah ini saya guna mengikut pengalaman saya, jadi kalau tak menjadi, cuba kaedah lain.

Kaedah satu. Yang paling mudah. SMS. Tahukah kamu, apabila kita mesej orang, kita akan lebih cenderung untuk menunjukkan sikap sebenar kita? Kenapa? Kerana kita tidak berdepan dengan orang yang kita bercakap, jadi kita lebih berkeyakinan untuk bercakap. Kaedah ni 70% menjadi. Saya banyak kali buat kaedah ni. Apabila saya jumpa orang tu, nampak baik. Apabila saya mesej dia.. Masya-Allah. Mamat ni memang betul pakai ‘topeng’ tebal. Ada lagi satu kes. Orang tu memang kasar. Tapi bila saya mesej dia, Ya Allah.. Memang baik betul. [Sebenarnya dia baik, tapi dia taknak tunjuk..]

Risiko kaedah? Kaedah ni kadang-kadang tak menjadi pasal bila kita mesej, kita boleh check balik ayat kita. Lagipun, bila mesej ni kita kena berfikir. Jadi boleh buat helah. Kalau bercakap depan-depan, kita takkan fikir. Kita terus je cakap. Jadi sebab tu boleh ‘terlepas’ apa yang kita cakap. Berbanding sms, kita boleh edit ayat kita kan?

Kaedah dua. Perlawanan. Kita boleh tengok sifat sebenar seseorang melalui perlawanan. Maksud saya, bukan lawan bertumbuk. Tapi lawan secara sihat. Contohnya lawan badminton dan permainan video. Tapi kaedah ini elok kalau kita lawan berdua je dengan orang yang kita nak kenal tu. Bila berlawan, orang tu akan cenderung untuk menunjukkan sifat ‘dalaman’ tanpa disedarinya. Jadi kita boleh tengok melalui eksperesi dia, bahasa tubuh badan dia ataupun cara dia main.

Risiko kaedah? Ada sesetengah orang jenis malas nak berlawan, jadi sifatnya susah nak keluar oleh kerana bermain sambil-lewa. Dan kaedah ini agak sukar dibaca sebab kita kena faham betul-betul dan kita kena perhatikan/analisis degan teliti.

Kaedah tiga. Kaedah ‘mengayat’. Yang ni jarang orang buat pasal kena fikir helah. Saya pun kadang-kadang je buat. Kita boleh tahu dalaman seseorang dengan cara dia balas ‘ayat’ kita. Senang-senang saya bagi contoh. Saya tanya si A keputusan PMR dia. Dan dia jawab dapat straight A. Saya gunakan kaedah ni. Saya buat-buat terkejut dan cakap dengan sedih,

Straight A yer...”

Tiba-tiba si A sedar eksperesi dan gaya bercakap saya berubah. Dia terus balas,

“Eh! Saya mana pandai. Itu cuma tuah je. Dahlah belajar last minute, ha3.”

Daripada ayat dia, kita boleh tahu dia seorang yang rendah diri dan memahami.

Risiko kaedah? Suusah sangat nak buat kaedah ni! Kita kena menguasai kemahiran helah muka dan bahasa tubuh. Mulut pun kena pandai berhelah dan berkias.

Setakat ni, saya boleh dedahkan tiga kaedah. Saya guna kaedah-kaedah ni bukanlah untuk menipu orang. Tapi untuk menguji dan mengetahui dalaman seseorang. [Selalunya saya guna untuk mencari sahabat] Pakailah kaedah ni dengan niat baik. Insya-Allah menjadi. Dan nasihat saya, tak mustahil ada kalangan dari kawan-kawan kamu yang berupaya untuk mengetahui dalaman seseorang, jadi berhati-hati lah dan jadikan pengajaran untuk berubah. Kalau orang tahu dalaman kita busuk, tak malu ke? Mestilah malu! Adus!

Friday, October 23, 2009

Hari ini, sekolah buat bacaan Yassin. Datang sekolah, saya terpaku. Teka lah siapa atas pentas? Abang Nas! Saya suka suara dia. Suuka sangat-sangat. Masa dia Marhaban, baca Al-Quran dan baca doa Yassin. Suara dia memang lunak. Tapi dia tu susah nak didekati. Kalau kat sekolah saya si Syahmi digelar 'Mr. Perfect', Abang Nas pulak digelar Malaikat. Ha3! Sebab Abang Nas tu jarang bercakap dengan perempuan. Pemalu. Lepas tu, dia suka cakap pasal agama lah, politik lah, Israel lah.. Adus. Kalaulah ada sekumpulan mat-mat berkawan dengan dia, semua lari. Dia ramai peminat. Hm, biasalah.. 'Malaikat', siapa taknak? Tapi takpe.. Saya tak risau.. Kenapa? Shhh.. Biarlah rahsia antara saya dengan Abang Nas, hu3! Bunyi semacam je.. Jangan fikir bukan-bukan lah..

MyEm0.Com


Terus terang, ramai orang tertanya-tanya, kenapa saya berubah? Macam mana saya berubah? Amar kata, saya jumpa malam Lailatul Qadar. Kembar saya kata, saya berubah bila jumpa Abang Nas. Orang lain kata, saya memang selalu berubah-ubah. Nak tahu jawapan sebenarnya? Ha3. Saya pun tak tahu lah.. Dah hati ni nak berubah, saya berubahlah. Yang pasti, saya berubah bila nak menjelang Ramadhan. Mungkin berkat Ramadhan? Erm.. No komen.. Apapun, Alhamdulillah kalau saya berubah jadi orang yang lebih baik. Saya berharap semakin saya matang, semakin saya berfikiran dengan positif dan berubah jadi makin baik. Tapi ada juga beberapa benda berubah dalam diri saya. Antaranya,

1. Makin sensitif!
2. Bila masa pulak saya jadi pemalu sungguh ni...?
3. Tersengih walaupun marah. Sungguh pelik!
4. Saya kurang suka lelaki bermulut kasar. Dulu-dulu saya tak kisah.

Tidaaak.. Adakah saya akan jadi feminin?! Oh, perkataan itu sungguh menakutkan saya! Ah, sudahlah. Saya ni asyik melalut je. Saya suka diri saya berubah, tapi kadang-kadang saya tertekan. Yelah.. Ayah saya seorang yang tegas. Dia didik agama memang tegas sangat, lebih-lebih lagi saya. Saya anak sulung. Lepas tu, dia dapat tahu cita-cita saya ada berkenaan dengan agama, lagilah dia ketatkan didikan. Saya nak gembira, pasal saya diajar untuk dalami agama semua. Tapi.. Aduhai. Tak tahulah nak cakap macam mana. Kalau boleh, saya nak cakap berkias. Kalau luahkan semua, aib pulak kan? Tak tahu nak cakap macam mana! Sabar jelah.. Oh, jurnal.. Kamu takkan faham apa yang saya cuba sampaikan. Takpelah, sekurang-kurangnya Allah faham. Jadi saya tak rasa sunyi.

MyEm0.Com


Walaupun 'terseksa' sikit, bila saya nampak Abang Nas buat kerja amal semua, perasaan hambar saya hilang. Saya rasa gembira je. Dia tu mesti Allah sayang kan? Yelah.. Saya ingat lagi masa saya bercakap dengan Abang Nas dan dia kata,

"Belajar baik-baik. Buat exam PMR elok-elok.." Sahabat saya cemburu pasal saya dapat kata semangat dari orang yang saya suka, ha3! Ada-ada je mereka ni..

Ha3! Serius, balik rumah saya tersengih sorang-sorang! Tolong mak saya tersengih, main laptop tersengih, tidur pun tersengih! Saya tak boleh tidur sebab tersengih. Sahabat saya sms bagi ayat Al-Quran untuk menenangkan diri. Tidurlah jugak akhirnya. Dan baru-baru ni dia nak exam akhir tahun. Saya cari dia kat kantin sekolah. Tengok-tengok dia puasa sunat. Dahlah masa tu saya tengah makan, tersentak saya. Buat malu je. Abang Nas tengah puasa, saya syok makan pulak, hu3. Kiranya Abang Nas ni macam pembakar semangat saya untuk berjuang, ha3.

MyEm0.ComMyEm0.Com


Malangnya, kami baru-baru ni bertemu jadi janggal. Saya jalan, pot pet dengan sahabat. Abang Nas jalan depan saya, pot pet jugak dengan sahabat dia. Bila kami pusing je depan, masing-masing break mengejut. Jantung nak gugur! Yang lucunya, Abang Nas break macam iklan tv! Ha3! Saya nak patah balik, sahabat saya dah bising.

"Alah, jalan je lah Ashura.. [Nama sebenar saya.] Jangan patah-patah."

Abang Nas yang dok terkejut tu kena tegur dengan sahabat dia. Sahabat dia pelik kot pasal dia tiba-tiba berhenti. Lepas tu.. End. Saya tak pandang dia, terus jalan meluru. Itulah pengalaman pelik bagi saya. Ha3. Selalunya dalam iklan, lelaki tu yang berhenti mengejut. Perempuan tu rileks je jalan. Ini dua-dua berhenti mengejut. Dunia dah seimbang? Hu3, no komen....

MyEm0.Com


Yang buruknya, rahsia saya suka Abang Nas terbocor dan diketahui oleh rakan saya yang dikenali sebagai Paparazzi. [Gelaran mereka semua ni pelik-pelik] Nasib baik dia boleh rahsiakan dan dia nak bantu saya. Err.. bantu..? (=_=) Bunyi yang kureng menyenangkan.....

MyEm0.Com

Wednesday, October 21, 2009

Pada hari ini, satu rombongan sekolah telah diadakan sempena 'PMR Merdeka!'. Ke mana? Alahai, ke Masjid Besi dan Taman Botani, Putrajaya. Agak menyeronokkan dan.. Memenatkan. Tak ada cerita yang best, jadi hari ini saya ingin menceritakan satu kisah benar yang sedih dan memberi pengajaran, 'Haru-Haru' dan dalam bahasa Melayu 'Hari Demi Hari'. Sebenarnya tajuk ini merupakan sebuah lagu yang didendangkan oleh kumpulan Korea, Big Bang. Apa kena-mengena dengan lagu ni? Saya akan mulakan cerita sekarang...
Nota: Nama telah diubah, hehe!

cinta Allah Pictures, Images and Photos


Aishah merupakan gadis remaja yang hidup di kota dan giat menimba ilmu demi mencapai cita-cita. Cantik? No komen. Bijak? No komen. Yang semestinya, dia seorang yang ramah. Pada suatu petang, semasa dia berjalan dengan seorang rakannya, dia terserempak dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Zulkarnain. Dia tidak mengenali lelaki tersebut, namun rakannya bersahabat baik dengan lelaki itu. Aishah merenungnya seketika. Memang kacak. Muka kacukan Inggeris. Pakaiannya memang bergaya, macam orang kaya. Dia terpikat sebentar. Ingin sahaja dia goda, tapi setelah difikirkan masak-masak, Zulkarnain tidak mengenalinya. Mestilah tidak berminat! Mereka berkenalan, tapi tidak terlalu mesra. Aishah segera mengundur diri dan pulang ke rumah.

Pada keesokan hari, Aishah mendapat satu sms. Rupa-rupanya Zulkarnain. Dia berasa sangat gembira. Tak sangka, lelaki 'sempurna' itu mahu berhubung dan kenal rapat dengannya. Zulkarnain mengaku, dia mengambil nombor telefon Aishah dari rakannya. Aishah tidak kisah. Dia sudi berkawan dengan Zulkarnain. Setelah berminggu-minggu berhubung, Aishah mengetahui bahawa Zulkarnain bukanlah orang yang sempurna. Walaupun kaya dan bijak, dia tidak memahami erti agama. Ibunya suka membelanjakan harta dengan pakaian dan kasut, bapanya sibuk bekerja hingga lupakan dia, kakaknya yang suka mengikut trend Barat, dan adik lelakinya yang anti-sosial. Dia tidak pernah mengenali erti kasih sayang. Dia tidak pernah mengenali erti keluarga.

"Masing-masing, buat kerja masing-masing."

Zulkarnain bercakap dalam nada spontan. Seperti sudah lali dengan keadaan itu. Sehari demi sehari, akhirnya Zulkarnain meluahkan perasaannya terhadap Aishah. Dia berkata, kali pertama melihat Aishah, dia dapat rasa kan sesuatu yang luar biasa. Aishah menerimanya dengan hati yang terbuka. Sebenarnya Aishah mencintai seorang lelaki, tetapi dia kecewa dan mahu melupakan kisah hitam bersama lelaki itu. Jadi dia rela menerima Zulkarnain. Perlahan-lahan, Zulkarnain yang mencintai Aishah mula tertarik dengan amalan-amalan Aishah.

"Best ke baca Al-Quran?" Kenapa kamu solat hari-hari eh?"

Aishah berasa gembira kerana Zulkarnain mula terpikat untuk mendalami Islam. Dia mengajar Zulkarnain erti kesabaran. Dia mengajar Zulkarnain erti kehidupan dan agama. Lama-kelamaan, Zulkarnain semakin cinta akan Islam dan semakin cinta akan Tuhan. Walaupun mereka berdua tidak pernah bersua, namun cinta Zulkarnain terhadap Aishah semakin mendalam.

"Zul, cuba dengar lagu ni."
"Lagu apa?"
"'Haru-Haru'. Maksudnya 'Hari Demi Hari'. Lagu ni sedih sangat, tapi saya suka."
"Kalau macam tu, saya dengar."

Tapi, lama-kelamaan cinta Aishah terhadap lelaki yang dicintainya semakin mendalam. Dia tidak sanggup menipu Zulkarnain. Dia menjelaskan pada Zulkarnain tentang apa yang dipendamnya. Dia tidak cintakan Zulkarnain. Dia cintakan lelaki lain. Terkejut, kecewa, sedih. Hancur berkecai hati dan harapannya terhadap Aishah. Zulkarnain merayu, agar tidak ditinggalkan. Aishah lah jiwanya. Aishah lah semangatnya. Namun dia faham, Aishah tidak berniat untuk menyakiti hatinya, lalu dia berkata..

"Walaupun kamu tak mencintai saya, tak apa. Biar saya jadi kekasih kamu untuk melupakan lelaki yang kecewakan kamu itu. Saya tidak akan mengecewakan kamu. Saya tidak akan menyakiti kamu."

Dengan serba salah, Aishah menerima Zulkarnain semula. Zulkarnain tidak berubah. Ceria dan sentiasa disamping Aishah. Kekecewaannya tidak pernah ditunjukkan. Satu hari, Aishah mendapat sms dari Zulkarnain.

"Maafkan saya Aishah. Selama ni, saya simpan satu rahsia besar daripada kamu. Saya menghidapi kanser tulang sejak kecil. Kini, penyakit saya di tahap kritikal. Saya akan menjalani pembedahan setelah seminggu berlalu. Saya harap, kamu dapat maafkan saya."

Aishah menangis dan melepaskan telefon bimbit dari tangannya. Dia menyesal kerana melukakan hati Zulkarnain. Dia tidak menyangka Zulkarnain menyimpan rahsia yang sangat pedih darinya. Dalam seminggu itu, Zulkarnain sering menghubungi Aishah dan berbual kosong. Aishah akan menangis setiap kali berbual, tapi dia menutup kesedihannya. Zulkarnain tidak pernah bercakap dalam nada sedih. Dia sentiasa gembira dan redha dengan ketentuannya. Namun di sudut hati, dia mahu bersama Aishah. Jika boleh, dia ingin menjaga Aishah. Makin lama, suara Zulkarnain makin lemah. Tawanya bukanlah sekuat dahulu. Dia ketawa dengan lemah. Badannya semakin susut, dia semakin lemah. Akhirnya, dia dibedah selepas seminggu.

Aishah mendapat panggilan dari kakak Zulkarnain. Zulkarnain telah meninggal dunia. Aishah menangis semalaman kerana tidak dapat berjumpa dengan Zulkarnain lagi. Yang lebih memilukan, Zulkarnain tidak membenarkan keluarganya memberitahu Aishah di mana bakal kuburnya. Kerana dia tidak mahu Aishah meratap kesedihan. Dia mahu Aishah melupakannya dan memulakan hidup yang baru.

Setelah seminggu berlalu, Aishah mendapat sepucuk surat. Surat itu dari Zulkarnain sebelum sehari pembedahannya. Tulisan surat tersebut bukanlah dari tulisan Zulkarnain, tapi dari orang gaji nya. Mungkin Zulkarnain sudah tidak mampu menulis.

"Assalamualaikum.

Jika kamu menerima surat ini, bermakna saya sudah tiada lagi. Janganlah kamu bersedih dengan kehilangan saya. Tuhan sangat sayangkan saya, jadi Dia mengambil saya dahulu. Kamu telah mengajar erti kasih sayang dan erti agama pada saya. Terima kasih, Aishah. Semoga Allah merahmati kamu. Saya membuat permintaan terakhir pada bapa saya sebelum saya dibedah. Semasa dibedah, saya ingin dipasangkan lagu 'Haru-Haru'. Lagu kita, Aishah. Mudah-mudahan, saya dapat rasa kamu sentiasa di sisi saya. Kadangkala lagu tu macam memerli saya, kerana kisah lagu itu sangat dekat dengan kisah kita. Ha3. Itu sahajalah. Akhir sekali, lupakan saya dan mulakan hidup baru. Jadikan lagu tu sebagai kenangan. Kamulah kekasih pertama dan terkahir saya. Berbanggalah. :)"

Aishah menitiskan air matanya. Dia mendengar lagu 'Haru-Haru' jika dia kesunyian. Dia menyesal, kerana tidak menghargai Zulkarnain ketika dia masih hidup. Selepas meninggal dunia, kini baru Aishah menyedari betapa dalamnya cinta Zulkarnain padanya dan tidak tentu lelaki lain akan mencintai dia sebagaimana Zulkarnain mencintainya. Mereka bertemu kerana Allah. Dan akhirnya, berpisah kerana kehendak Allah. Yang pasti, Zulkarnain telah menemui hidayah dan iman nya pada Allah.

Dari sini, kita dapat pengajaran agar setia pada yang satu dan menghargai setiap pemberian Allah. Dan janganlah kita lebihkan cinta kita pada manusia dari Allah. Akhir sekali, jiwa yang bersih dan akhlak yang mulia mampu menarik seseorang agar mencintai Allah. [Kerana tingginya akhlak Rasulullah dan para sahabat, ramai orang tertarik untuk mendalami dan menghayati erti Islam. :) ]

-TAMAT-
Cerita ini ialah kisah benar yang telah diubah nama. Sebenarnya cerita ini panjang, tapi saya dah cuba sedaya upaya untuk pendekkan.

Template by:
Free Blog Templates